E-Book


Dua ebook terbitan Razz Publications. Baca selanjutnya untuk maklumat pembelian:
  
1.  51 Petua Pelaburan Unit Amanah
2.  Membina Aset Kejayaan Mencapai Kebebasan Kewangan

1.   51 Petua Pelaburan Unit Amanah


Tahun lepas, CEO KWSP ada menyebut bahawa hanya 20% daripada mereka yang melaburkan simpanan mereka dalam unit amanah menerima pulangan lebih tinggi daripada dividen KWSP, manakala 40% menerima pulangan lebih rendah.

Ini tidak bermakna unit amanah ialah instrumen pelaburan kurang baik, cuma kita perlu membuat pemilihan yang lebih teliti.

Proses lazim yang kita gunakan apabila membeli unit amanah ialah proses jualan. Iaitu kita ditawarkan dana tersebut oleh perunding. Tetapi pelabur perlu mengubah proses pembelian unit amanah ini daripada proses jualan kepada proses pemilihan.

Ini kerana pilihan dana adalah luas dan tidak terhad kepada beberapa syarikat sahaja.

Saya telah menulis e-book 51 Petua Pelaburan Unit Amanah ini untuk membantu anda dalam proses pemilihan unit amanah.

Formatnya adalah dalam topik-topik ringkas supaya pembaca boleh pergi terus ke maklumat yang diperlukan atau membaca dari mula hingga akhir.

Pada 2011 saya pernah menulis buku mengenai Unit Amanah bertajuk Panduan Pelaburan Unit Amanah tetapi buku itu tidak lagi dikemas kini.

Banyak perkembangan terbaru dan pandangan saya tentang satu dua perkara juga telah berubah.

E-book terbaru ini hanya 61 halaman dan sesuai untuk pembaca yang sudah biasa dengan tulisan ringkas dalam media sosial hari ini, tetapi kandungannya sama padat atau lebih, pada harga hanya RM20.

Saya tidak memasukkan segala maklumat yang tidak perlu atau tidak penting.

Disediakan dalam format PDF, ia boleh dimuat turun dan dibaca dalam hampir semua peranti yang boleh membuka format tersebut.

Anda boleh membacanya dalam telefon atau komputer atau mencetak buku jika anda mahu.

PERHATIAN: Siapa yang dah beli buku terdahulu saya dan mengikuti tulisan terkini saya tentang unit amanah rasanya tidak perlu membeli ebook ini. Klik untuk sampel kandungan.

51 Petua Pelaburan Unit Amanah
Format: PDF
Halaman: 61 ms
Harga : RM20
Akaun Bayaran
Maybank: Razali Mohd Razman 564258336101
Public Bank: Razz Publications 3814097213
Bukti Pembayaran : Whatsapp ke 016-2088234; atau PM Page Razz Publications



2. Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan


Jurang antara miskin dan kaya semakin besar. Faktor pembeza antara kedua-dua golongan ialah pemilikan aset. Golongan kaya memiliki aset untuk menjana pulangan, yang kurang berada hanya menyara diri dengan pendapatan sahaja..

Satu cara untuk membebaskan diri dari belenggu kemiskinan dan kesederhanaan ialah dengan melabur dalam aset atau harta untuk menjana pulangan.


Kita sedia maklum bahawa sekarang ini ada pelbagai pilihan pelaburan. Malah banyak kelas pelaburan dalam segala bentuk aset kini ditawarkan di Facebook dan menerusi Internet.

Ebook ini memberikan pandangan tentang pelaburan dalam setiap aset dari perspektif neutral dan dengan berpijak di bumi nyata dan bukannya berasaskan 'hype' kerana sudah tentulah mereka yang mempromosikan atau menjual pelaburan tertentu lebih cenderung untuk menonjolkan keuntungan sahaja tetapi bukan kerugian yang dialami pelabur.

Ebook ini juga menerangkan tentang mengapa anda perlu mengumpulkan aset dan bagaimana aset yang menjana pendapatan boleh akhirnya membawa kepada kebebasan kewangan kepada anda, iaitu apabila anda boleh hidup dengan meraih pendapatan daripada aset tersebut sahaja, tanpa mengurangkan nilainya.

Walaupun bukan semua orang boleh menjadi kaya, tetapi semua orang boleh membina masa depan yang lebih cerah. Matlamatnya ialah meningkatkan nilai aset bersih anda tahun demi tahun, sehingga aset itu sendiri dapat menampung sara hidup anda, tanpa perlu bergantung kepada pekerjaan semata-mata. Klik sini untuk sampel kandungan.

Membina Aset Kejayaan
Mencapai Kebebasan KewanganVersi: 3.0
Tahap: Asas/Newbie
Format: PDF
Halaman: 101 ms
Harga : RM20
Akaun Bayaran:
Maybank: Razali Mohd Razman 564258336101
Public Bank: Razz Publications 3814097213
Bukti Pembayaran : Whatsapp ke 016-2088234; atau PM Page Razz Publications





Comments