Saham Patuh Syariah di Turki

Katalah anda pelabur global yang suka mencari peluang dalam krisis. Anda merasakan pada satu masa nanti, akan tiba masanya Turki akan rebound kembali. Bagaimana untuk melabur di sana, dari sini?

Satu pilihan ialah membeli iShares MSCI Turkey ETF, sebuah ETF yang melabur dalam saham-saham Turki yang diperdagangkan di pasaran AS. Namun begitu bukan semua saham di dalamnya patuh Syariah.

Jadi satu-satunya cara yang saya temui untuk melabur di pasaran Turki dan memilih sendiri saham patuh syariah ialah menerusi menerusi platform Phillip Singapore (www.poems.com.sg).

Turki ialah salah satu pasaran yang ditawarkan di platform ini tetapi hanya untuk 100 saham terbesar.

Cuma masalahnya ialah kos dagangan platform Phillip adalah jauh lebih mahal berbanding SaxoBank Sg untuk pasaran-pasaran utama seperti di AS.


Saya juga telah menemui senarai 50 saham patuh syariah Turki (lihat gambar), berasaskan indeks patuh syariah yang disediakan oleh Bizim Menkul Değerler A.Ş..
.
Nota: Mungkin ramai yang mengaitkan Presiden Erdogan dengan pentadbiran Islam tetapi pasaran modal Islam Turki jauh di belakang Malaysia. Amat susah untuk mendapatkan senarai saham dan indeks patuh Syariah. Malah nama indeks (di Turki) pun tiada perkataan Islam atau Shariah sedangkan di negara barat para penyedia indeks utama tiada masalah langsung menyebut indeks mereka sebagai Indeks Islam atau Shariah.

Comments