Prestasi Saham: Antara jangkaan dan harapan

Baru-baru ini Facebook mengumumkan untung suku tahunan yang lebih tinggi, tetapi sahamnya jatuh. Sebaliknya Tesla pula umumkan kerugian suku tahunan paling besar, tetapi sahamnya melonjak! (Lihat carta).

Bagaimana situasi ini berlaku? Jelas bahawa pergerakan saham tidak bergantung kepada past results tetapi berasaskan future expectations.


FB telah mencatatkan prestasi untung yang baik tetapi hasilnya sedikit lebih rendah dan telah memberi amaran bersifat realistik bahawa jangkaan pertumbuhan hasil dan pelanggan pada masa depan tidak setinggi yang diharapkan sebelum ini.


Oleh kerana pasaran dan harga saham telah mengambil kira tahap pertumbuhan lebih tinggi sebelum ini, maka harga sahamnya jatuh berasaskan maklumat baru ini, walaupun keputusan suku tahun terbaru lebih baik.

Tesla pula kerugian besar tetapi Elon Musk mendakwa pada suku tahun akan datang, sasaran pengeluaran kereta mampu dicapai dan aliran tunai syarikat akan positif (walaupun belum lagi mencapai untung). Jadi berasaskan harapan ini, harga saham Tesla naik.

Malah harga Tesla naik lagi hari ini apabila Elon Musk berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil alih Tesla (dengan sokongan pihak tertentu) pada harga $420 dan mengeluarkannya dari senarai saham.

Harga saham naik atau turun berasaskan expectations masa depan. Tetapi dalam jangka panjang expectations ini perlu menjadi realiti. Jika tidak harga saham akan bergerak dengan ketara ke arah yang bertentangan pula.

Kita sebagai pelabur boleh tinjau keadaan seperti di atas dan melihat sama ada expectation yang menyebabkan pergerakan besar itu rasional atau tidak. Mungkin di situ ada peluang untuk mengambil kesempatan.
Ebook terkini saya: www.facebook.com/razzpublications
Sumber Carta: Yahoo Finance

Comments

Popular posts from this blog

Inheritance Tax atau Cukai Pusaka Berpotensi Menimbulkan Kerumitan

Iktibar Kewangan Daripada Kisah Hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Hutang PTPTN dan Tabungan Pendidikan