Potensi Untung Daripada Kejatuhan Telekom Malaysia?



Ada pembaca bertanya sama ada sesuai untuk membeli saham Telekom Malaysia selepas kejatuhan harganya tempoh hari. Kes TM ini menarik kerana segala analisis data masa lepas mungkin kurang berguna lagi untuk masa depan.

Apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia mengumumkan penurunan harga broadband tempoh hari, yang untung ialah pengguna dan yang rugi ialah TM dan pemegang sahamnya.

Prestasi TM memang sudah mula terjejas sebelum arahan penurunan harga jalur lebar lagi, dan selepas pengumuman maka harga saham pun terus merudum.

Kita tidak boleh membuat analisis ke atas akaun untung rugi masa lepas, seperti biasa, kerana hasilnya pada masa depan kini bergantung kepada harga jalur lebar baru yang lebih rendah:

Di samping itu persaingan juga semakin sengit

Antara cabaran yang dihadapi:
1. Hasil (Revenue) masa depan yang lebih rendah
2. Untung yang lebih rendah sekurang-kurangnya untuk satu dua tahun
3. Persaingan yang semakin sengit daripada liberalisasi perkhidmatan
4. Kemungkinan penglibatan TNB dalam sektor ini, yang belum diketahui caranya.
5. Kemungkinan dikeluarkan daripada Indeks FBM KLCI

Antara faktor positif pula:
1. Harganya sudah jatuh lebih tiga kali ganda daripada paras tertinggi sekitar 2015

Kita tidak tahu kesan harga baru ini ke atas TM sehinggalah keputusan suku tahun Okt-Dec 18 dan Jan Mac 2019.

Sebarang analisis berhubung dengan TM hanya unjuran terbaik dan ramalan sahaja.

Jika anda melihat bahagian pengumuman di Bursa Malaysia, KWSP sedang menjual secara agresif pada bulan ini dan kita tidak tahu bila jualan ini akan dihentikan.

Cuma seperti yang dinyatakan, kejatuhan harga baru-baru ini mungkin sudah membawanya hampir ke paras terendah dan pelabur berpotensi memanfaatkan kenaikan sekiranya syarikat berjaya menyesuaikan diri dengan suasana harga baru ini.

Layari http://www.bursamarketplace.com/…/thema…/stock/TLMM/researchuntuk mendapatkan laporan penyelidikan terbaru.

Harganya telah jatuh di bawah paras target price yang ditetapkan oleh kebanyakan analyst.

Ditekankan sekali lagi bahawa analisis berasaskan kewangan masa lepas kurang relevan.

Semua unjuran mengenai TM perlulah dibuat berasaskan ramalan prestasi masa depan kerana syarikat ini memasuki persekitaran baru.

Letakkan margin of safety yang secukupnya dalam analisis anda.

Sumber Carta. Bursa Market Place
--------------------------

www.razalirazman.com

Comments

Popular posts from this blog

Inheritance Tax atau Cukai Pusaka Berpotensi Menimbulkan Kerumitan

Iktibar Kewangan Daripada Kisah Hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Hutang PTPTN dan Tabungan Pendidikan