Pelaburan saham patuh syariah di AS

Faktor penting yang perlu dipertimbangkan apabila mahu melabur di pasaran AS ialah sama ada saham tersebut patuh Syariah.

Jika sukar untuk menentukan, satu jalan penyelesaian ialah dengan melabur dalam ETF Patuh Syariah, iaitu MyETF Dow Jones U.S. Titans 50, yang disebut harga dalam dollar AS.

ETF ini menjejak pergerakan Indeks Dow Jones Islamic Market US Titans 50 dan terdiri daripada 50 saham terbesar berasaskan modal saham, yang lulus penapisan Syariah.

Tetapi bagaimana jika anda tetap mahu melabur terus dalam saham AS?* Bagaimana untuk menentukan saham tersebut patuh Syariah?.

Saya belum lagi dapat melihat syarikat pengeluar indeks Syariah atau perunding Syariah memberikan senarai penuh saham-saham dalam indeks patuh Syariah. (jika ada yang tahu harap boleh share di sini untuk manfaat umum).

Ada apps yang dimaklumkan kepada saya oleh Tuan Mohd Khatib yang dinamakan Islamic Investor oleh Ideal Ratings yang memberikan status pematuhan Syariah saham.

Walaupun tidak menyeluruh, ia satu aplikasi yang baik untuk menyemak status Syariah bagi banyak saham di AS. Ia boleh dimuat turun dari Google Play.

Satu cara lain untuk mendapatkan senarai saham-saham utama AS yang patuh Syariah ialah dengan melihat komponen MyETF Dow Jones U.S. Titans 50.

Setiap hari ETF ini ada menerbitkan PDF nilai saham-saham yang dipegangnya, jadi kita boleh mendapatkan senarai 50 saham patuh Syariah utama di AS.




Senarai ini, boleh didapati di laman utama Bursa Malaysia di bawah dan klik pada Net Asset Balue/Indicative Optimum Portfolio:http://www.bursamalaysia.com/…/list-of-co…/plc-profile.html…

Jika anda lebih suka melabur terus dalam saham, bolehlah merujuk senarai ini untuk memastikan ia patuh Syariah.

*Sesetengah broker di Malaysia menyediakan platform untuk membolehkan pelabur membeli ekuiti AS. Satu lagi cara ialah dengan membuka akaun online dengan broker dari AS. Cara ini lebih murah.

Sumber gambar: Laman web Bursa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Inheritance Tax atau Cukai Pusaka Berpotensi Menimbulkan Kerumitan

Iktibar Kewangan Daripada Kisah Hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Hutang PTPTN dan Tabungan Pendidikan