Pelaburan ETF atau Dana Dagangan Bursa

Satu cara untuk mempelbagaikan pelaburan selain daripada membeli dana unit amanah ialah dengan melabur dalam ETF atau Dana Dagangan Bursa.

Dana Dagangan Bursa ialah sejenis dana yang melabur dalam kumpulan saham, bon atau komoditi tertentu dengan cara yang menjejak prestasi indeks tertentu.

Dengan kata lain, anda boleh melabur dalam Indeks dengan membeli ETF. Seperti yang digambarkan oleh namanya, Dana ini perlu dijual beli menerusi Bursa, dan bukannya melalui ejen atau platform seperti Fundsupermart.

ETF ialah sejenis dana pasif. Ini bermakna dana ini melabur dalam saham mengikut nisbah saham tersebut dalam sesuatu indeks.

Pengurus dana tiada budi bicara atau kuasa untuk membeli atau menjual saham sesuka hati.

Kos jual beli adalah rendah, sama seperti menjual beli saham lain di bursa. Kos pengurusan tahunannya juga lebih rendah, lazimnya kurang daripada 0.5% berbanding 1.5%.

Selain daripada ETF saham atau bon, pelabur juga boleh melabur dalam emas dan menjejak pergerakan harga emas mellaui ETF (lihat di bawah).

Antara ETF Patuh Syariah di Malaysia termasuk:

MYETF DOW JONES U.S. TITANS 50 – 50 Saham Patuh Syariah Terbesar AS

MyETF-DJIM25 – 25 Saham Patuh Syariah Terbesar di Bursa Malaysia

MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend (0824EA) – Senarai antara 16 – 30 syarikat patuh Syariah di Bursa Malaysia yang menjana pulangan dividen lebih inggi

MYETF MSCI South East Asia Islamic Dividend (0825EA) – Sehingga 30 syarikat patuh Syariah di Bursa negara Asia Tenggara dengan hasil dividen sekurang-kurangnya 30% lebih tinggi daripada kadar dividen Indeks Utama.

MyETF Thomson Reuters Asia Pacific Ex-Japan Islamic Agribusiness (0826EA) - 30 syarikat pertanian Asia Pasifik tidak termasuk Jepun yang terbesar.

TradePLuse Shariah Gold Tracker – menjejak prestasi harga


Nota: Artikel seterusnya: Perbandingan ETF dengan Dana Unit Amanah

E-book berbayar dan risalah percuma saya boleh didapati di page  https://www.facebook.com/razzpublications/

Comments

Popular posts from this blog

Inheritance Tax atau Cukai Pusaka Berpotensi Menimbulkan Kerumitan

Iktibar Kewangan Daripada Kisah Hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Hutang PTPTN dan Tabungan Pendidikan