Patutkah kita mempelbagaikan pelaburan unit amanah?

Berbicara tentang pentingnya diversification saham pada posting lepas, ada seorang pembaca Tuan Rizal Zamri mengatakan beliau juga mempelbagaikan pelaburan unit amanahnya.

Perlukah kita mempelbagaikan pelaburan unit amanah? Bukankah pelaburan walaupun dalam satu dana unit amanah sudah cukup kerana pengurus dana akan melabur dalam pelbagai saham?

Memang betul, tetapi anda juga boleh mempelbagaikan pelaburan dengan membeli unit amanah yang melabur di pasaran negara atau rantau lain.

Sebagai contoh, prestasi pasaran Malaysia mungkin kurang baik untuk tempoh tertentu, seperti yang saya sentuh dalam posting terdahulu.

Tetapi prestasi beberapa dana patuh syariah yang melabur di Asia Pasifik dan China mencatatkan prestasi jauh lebih baik, terutamanya untuk tempoh masa lima tahun.



Ini bermakna anda sedikit sebanyak telah menampung kelemahan prestasi dana yang melabur di Malaysia dengan dana yang melabur di rantau lain.

Apabila prestasi di Malaysia mula pulih dan kembali hebat anda tetap boleh mengambil kesempatan.

Tetapi mempelbagaikan unit amanah tidak perlulah dilakukan seperti saham, dua tiga dana yang melabur di pasaran berbeza pun sudah memadai.

Nota: Gambar sekadar hiasan sahaja dan ditunjukkan kepada saya oleh Tuan Ahmad Hawari. Jangan lakukan heat chasing, iaitu mengejar dana hangat. Sebaliknya labur dengan pertimbangan wajar dengan mengambil kira pelbagai faktor.

Sumber: Morningstar Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Inheritance Tax atau Cukai Pusaka Berpotensi Menimbulkan Kerumitan

Iktibar Kewangan Daripada Kisah Hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Hutang PTPTN dan Tabungan Pendidikan