Cara Menilai Aset Yang Menjana Pendapatan

Video berikut oleh Profesor Aswath Damodaran, Profesor Kewangan di Stern School of Business, NYU ialah mengenai cara menilai aset yang menjana pendapatan atau aliran tunai, seperti saham atau bon.

Menurutnya ada tiga perkara umum dalam penilaian:
1. Penilaian adalah mudah, kita yang menjadikannya rumit
2. Setiap penilaian ada kisah di sebaliknya. Lebih penting ialah kisahnya bukan angka
3. Apabila berlaku kesilapan dalam penilaian, ada tiga sebab
    a. Bias.
    b. Ketidapastian
    c. Kerumitan

Terdapat tiga cara untuk menilai sesebuah aset yang menjana pendapatan/aliran tunai:
1. Kaedah aliran tunai (atau pendapatan) terdiskaun - Nilai kini aliran tunai atau pendapatan yang dijangka diperolehi pada masa depan.
2. Kaedah penilaian relatif. - Menggunakan nisbah seperti P/E (Harga Pendapatan) atau P/B (Harga / Nilai Aset Bersih) dan membandingkan dengan aset yang serupa dengannya.
3. Model harga opsyen (Options Pricing)

*Ini merupakan video pertama dalam siri video tentang penilaian. Video-video seterusnya sudah masuk ke tahap advanced.


Comments