Ada Tempat Untuk Semua Di Pasaran Saham, Daripada Spekulator kepada Pelabur Jangka Panjang

Bagi sesetengah orang,pasaran saham ini dilihat sebagai mirip casino. Yang didengar ialah orang yang buat duit besar dan rugi besar. Ramai bimbang tentang speculators, traders, gamblers, short sellers dan pelbagai makhluk lain yang menghuni Bursa.

Tetapi Bursa ini ada tempat untuk semua. Walaupun selalunya bila saham jatuh, ada saja yang menyalahkan spekulator, trader atau short seller sebenarnya mereka ini ada juga peranan di Bursa.

Cuba bayangkan, jika anda nak beli atau jual saham, siapa yang agaknya berurus niaga dengan anda?

Kalau semua orang long term investor, mungkin proses jual beli mengambil masa dan anda terpaksa mengiklankan saham anda di mudah.my.

Malah jumlah transaksi daripada traders dan spekulators inilah yang membolehkan Bursa Malaysia dapat hasil dan syarikat broker saham beroperasi dengan berdaya maju.

Bagaimana dengan volatility atau turun naik saham yang berpunca daripada jual beli pantas para pedagang jangka pendek ini?

Cuba saya ubah sudut soalan, bagaimana anda nak cari saham yang undervalued jika tiada volatility atau overreaction?

Bukankah ada untung besar menanti jika sesuatu saham terus naik walaupun sudah overvalued?

Kesimpulannya, anda boleh lihatnya sebagai risiko, atau menganggapnya sebagai peluang

Memang transaksi dan pergerakan sesetengah saham di pasaran nampak seperti perjudian dan memang pun ada orang yang memperjudikan nasib mereka di pasaran saham.

Tetapi ini tidak harus membimbangkan mereka yang ingin melabur dalam pasaran saham kerana boleh memilih dan menilai kualiti saham yang ingin dilaburkan.

Keep calm, buy value and hold growth.

-----------------

Layari www.razalirazman.com untuk artikel, risalah percuma, e-book dan perkhidmatan yang saya sediakan.

Comments

Popular posts from this blog

Inheritance Tax atau Cukai Pusaka Berpotensi Menimbulkan Kerumitan

Iktibar Kewangan Daripada Kisah Hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Hutang PTPTN dan Tabungan Pendidikan