Posts

Showing posts from October, 2018

Potensi Untung Daripada Kejatuhan Telekom Malaysia?

Ada pembaca bertanya sama ada sesuai untuk membeli saham Telekom Malaysia selepas kejatuhan harganya tempoh hari. Kes TM ini menarik kerana segala analisis data masa lepas mungkin kurang berguna lagi untuk masa depan.

Apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia mengumumkan penurunan harga broadband tempoh hari, yang untung ialah pengguna dan yang rugi ialah TM dan pemegang sahamnya.

Prestasi TM memang sudah mula terjejas sebelum arahan penurunan harga jalur lebar lagi, dan selepas pengumuman maka harga saham pun terus merudum.

Kita tidak boleh membuat analisis ke atas akaun untung rugi masa lepas, seperti biasa, kerana hasilnya pada masa depan kini bergantung kepada harga jalur lebar baru yang lebih rendah:

Di samping itu persaingan juga semakin sengit

Antara cabaran yang dihadapi:
1. Hasil (Revenue) masa depan yang lebih rendah
2. Untung yang lebih rendah sekurang-kurangnya untuk satu dua tahun
3. Persaingan yang semakin sengit daripada liberalisasi perkhidmatan
4. Kemungkinan penglibatan TNB…

Ada Tempat Untuk Semua Di Pasaran Saham, Daripada Spekulator kepada Pelabur Jangka Panjang

Bagi sesetengah orang,pasaran saham ini dilihat sebagai mirip casino. Yang didengar ialah orang yang buat duit besar dan rugi besar. Ramai bimbang tentang speculators, traders, gamblers, short sellers dan pelbagai makhluk lain yang menghuni Bursa.

Tetapi Bursa ini ada tempat untuk semua. Walaupun selalunya bila saham jatuh, ada saja yang menyalahkan spekulator, trader atau short seller sebenarnya mereka ini ada juga peranan di Bursa.

Cuba bayangkan, jika anda nak beli atau jual saham, siapa yang agaknya berurus niaga dengan anda?

Kalau semua orang long term investor, mungkin proses jual beli mengambil masa dan anda terpaksa mengiklankan saham anda di mudah.my.

Malah jumlah transaksi daripada traders dan spekulators inilah yang membolehkan Bursa Malaysia dapat hasil dan syarikat broker saham beroperasi dengan berdaya maju.

Bagaimana dengan volatility atau turun naik saham yang berpunca daripada jual beli pantas para pedagang jangka pendek ini?

Cuba saya ubah sudut soalan, bagaimana anda nak …

Anda Mungkin Ada Kepentingan Dalam Saham Walaupun Tidak Melabur Dalam Pasaran Saham

Pasaran saham sedikit volatile kebelakangan ini. Tiada masalah bagi anda kerana anda tak melabur dalam saham. Tapi betul ke anda tiada kepentingan?

Anda ada caruman KWSP kan? Atau simpanan di TH atau pelaburan dalam ASB? Atau anda mungkin melabur dalam dana unit amanah (dana ekuiti atau seimbang).

Mahu atau tidak, anda sebenarnya terlibat juga dalam pasaran saham. Memanglah orang yang paling terkesan dengan turun naik pasaran saham ialah yang melabur terus dalam saham.

Tetapi pembeli dana ekuiti dan seterusnya dana bercampur unit amanah juga terlibat..

Begitu juga pelabur dalam ASB dan penabung TH, walaupun secara tidak langsung.

Institusi seperti ini ada melaburkan wang anda dalam saham. Modal atau simpanan anda mungkin kekal tetapi turun naik saham yang dipegang menentukan pulangan yang diberikan.

Malah pencarum KWSP juga turut terbabit kerana KWSP turut mempunyai peruntukan pelaburan saham tertentu dalam portfolio pelaburannya. Ini akan mempengaruhi pulangan yang diberikan.

Pendek kata ha…

Kewajaran Cukai Tambahan Ke Atas 'Orang Kaya'

Selepas menulis tentang Inheritance Tax pada posting lepas, rata-rata feedback yang diterima ialah kalau dikenakan ke atas orang kaya, tidak apa. Malah persepsinya ialah memang patut dikenakan atas orang kaya. Orang kaya ni banyak lemak dan sebagainya.

Tetapi ramai yang kurang sedar. Siapa pembayar cukai terbesar? Orang kaya. Pembayar zakat paling banyak? Orang kaya. Penderma terbesar tabung masjid? Orang kaya. Sponsor majlis buka puasa? Orang kaya. Sponsor jersi pasukan anak? Orang kaya.

Jika mereka ada bisnes, syarikat mereka bayar cukai, gaji mereka kena cukai pendapatan pada top rate, merekalah paling banyak bayar SST (dan sebelum ini GST) sebab paling banyak berbelanja.

Memandangkan mereka memiliki atau menguruskan bisnes dan paling banyak berbelanja maka wujudlah peluang pekerjaan orang-orang seperti kita yang bekerja di dalam bisnes mereka dan juga peluang kepada perniagaan kecil yang menjual kepada orang kaya.

Saya pernah dengar seorang Ustaz yang mengajar tasawuf di Masjid Bukit …

Inheritance Tax atau Cukai Pusaka Berpotensi Menimbulkan Kerumitan

Ramai yang sedang hangat membahaskan tentang MRT2, tetapi ada satu perkembangan lain yang berpotensi memberi kesan besar kepada lebih ramai orang, iaitu Inheritance Tax atau Cukai Pusaka.

Cukai ini dicadangkan oleh pakar ekonomi Joseph Stiglitz selepas pertemuannya dengan Tun Dr Mahathir dan semalam Tun Dr M umumkan akan mengenakan 'bentuk-bentuk cukai baru' di persidangan Malaysia A New Dawn.

Bayangkan anda pencari nafkah utama dalam keluarga dengan anak-anak yang masih membesar. Kemudian anda meninggal dunia meninggalkan rumah kediaman (yang akan dilunaskan hutangnya dengan MRTA/MRTT). Anda juga mempunyai simpanan KWSP yang sederhana.

Keluarga anda telah kehilangan sumber pendapatan utama. Tetapi mereka perlu membayar cukai pusaka ini sebelum dapat menukar nama rumah tersebut.

Jadi wang tunai peninggalan perlu digunakan untuk menjelaskan cukai pusaka terlebih dahulu sebelum pembahagian harga boleh dibuat.

Untuk terus memiliki rumah, keluarga anda perlu membayar cukai atas rumah y…

Cara Menilai Aset Yang Menjana Pendapatan

Image
Video berikut oleh Profesor Aswath Damodaran, Profesor Kewangan di Stern School of Business, NYU ialah mengenai cara menilai aset yang menjana pendapatan atau aliran tunai, seperti saham atau bon.
Menurutnya ada tiga perkara umum dalam penilaian:
1. Penilaian adalah mudah, kita yang menjadikannya rumit
2. Setiap penilaian ada kisah di sebaliknya. Lebih penting ialah kisahnya bukan angka
3. Apabila berlaku kesilapan dalam penilaian, ada tiga sebab
    a. Bias.
    b. Ketidapastian
    c. Kerumitan

Terdapat tiga cara untuk menilai sesebuah aset yang menjana pendapatan/aliran tunai:
1. Kaedah aliran tunai (atau pendapatan) terdiskaun - Nilai kini aliran tunai atau pendapatan yang dijangka diperolehi pada masa depan.
2. Kaedah penilaian relatif. - Menggunakan nisbah seperti P/E (Harga Pendapatan) atau P/B (Harga / Nilai Aset Bersih) dan membandingkan dengan aset yang serupa dengannya.
3. Model harga opsyen (Options Pricing)

*Ini merupakan video pertama dalam siri video tentang penilaia…

Iktibar Kewangan Daripada Kisah Hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Semalam saya berkesempatan menonton dokumentari (2010) mengenai Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di History Channel. Banyak iktibar yang boleh diambil, terutamanya dari segi kewangan.

Beliau telah naik ke puncak jaya dan kemudian jatuh kembali di hujung kariernya. Sehingga kontraknya tidak disambung kerana filem dan lagunya sudah tidak laku lagi.

Dipulau oleh wartawan, di ‘boo’ oleh penonton tempatan dan dianggap sebagai ‘has-been’ oleh industri.

Seperti kata orang jawa “He was forsaken by his own people”. Hanya diangkat sebagai legenda selepas meninggal dunia.

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee adalah seorang yang amat pemurah dan akan memberi wang beliau kepada orang lain yang susah.

Memang Allahyarham tidak berminat dalam soal urusan wang. Tetapi kalaulah ada pengurus wang yang amanah dan boleh memberi nasihat serta menguruskan kewangannya dengan bijak pada zaman kegemilangan, sudah tentu keadaan lebih baik apabila cahayanya mula pudar.

Kita semua akan melalui zaman peak income, iaitu zaman kege…

Hutang PTPTN dan Tabungan Pendidikan

Isu hutang PTPTN 36 bilion yang tidak dibayar mengundang pelbagai pandangan berbeza. Tetapi isu penting lain yang saya simpulkan daripada situasi ini ialah ramai yang tiada tabungan pendidikan untuk anak, menyebabkan pinjaman perlu dibuat.

Perbahasan sama ada patut simpan dalam SSPN, SSPN-i, TH, ASB, Takaful atau Unit Amanah sebenarnya bukan isu sebenar. Isunya bagi kebanyakan orang ialah dah mula tabung atau tidak?

Melainkan pendapatan anda cukup tinggi untuk biaya pendidikan anak terus daripada cashflow masa depan, tabungan pendidikan amat penting.

Lebih awal bermula, lebih rendah simpanan yang diperlukan. Seseorang yang bermula sejak anak lahir dan telah menabung 10 tahun, kemudian menghadapi masalah kewangan dan tidak membayar selama dua tiga tahun berada pada kedudukan lebih baik daripada seseorang yang hanya mula menabung selepas anak berusia 3 tahun dengan jumlah yang sama, tanpa berhenti menabung.

Lebih lambat anda bermula, lebih banyak yang perlu disimpan. Memang bukan semua yang…

Kaedah Memahami Krisis Hutang Besar

Image
Ray Dalio, seorang billionnaire dan pengurus dana serta pemilik hedge fund Bridgewater Associates telah menulis sebuah buku bertajuk a Template for Understanding Big Debt Crises. (Kaedah Memahami Krisis Hutang Besar) yang diberikan secara percuma.
Beliau menerangkan tentang kitaran hutang dalam ekonomi dan bagaimana ia akan berkembang sehingga menimbulkan krisis.

Menurutnya Amerika sekarang berada di peringkat ke-7 daripada 9 peringkat dalam kitaran hutang (menggunakan analogi innings dalam baseball)

Anda boleh mendaftar dan memuat turun buku tersebut di sini::https://www.principles.com/big-debt-crises/

Anda juga boleh mendengar video penerangan dan temu ramahnya dengan CNBC di sini: https://www.cnbc.com/…/bridgewater-associates-ray-dalio-on-…

Perhatian: Link ini dikongsi sebab beliau memang sengaja berkongsi buku ini secara percuma. Versi buku fizikal dijual di Amazon. Jika anda menerima, membaca dan menyebarkan PDF tidak sah buku, seperti buku mengenai Jhow Low bertajuk Billion Dollar W…

Saham Patuh Syariah di Turki

Image
Katalah anda pelabur global yang suka mencari peluang dalam krisis. Anda merasakan pada satu masa nanti, akan tiba masanya Turki akan rebound kembali. Bagaimana untuk melabur di sana, dari sini?

Satu pilihan ialah membeli iShares MSCI Turkey ETF, sebuah ETF yang melabur dalam saham-saham Turki yang diperdagangkan di pasaran AS. Namun begitu bukan semua saham di dalamnya patuh Syariah.

Jadi satu-satunya cara yang saya temui untuk melabur di pasaran Turki dan memilih sendiri saham patuh syariah ialah menerusi menerusi platform Phillip Singapore (www.poems.com.sg).

Turki ialah salah satu pasaran yang ditawarkan di platform ini tetapi hanya untuk 100 saham terbesar.

Cuma masalahnya ialah kos dagangan platform Phillip adalah jauh lebih mahal berbanding SaxoBank Sg untuk pasaran-pasaran utama seperti di AS.


Saya juga telah menemui senarai 50 saham patuh syariah Turki (lihat gambar), berasaskan indeks patuh syariah yang disediakan oleh Bizim Menkul Değerler A.Ş..
.
Nota: Mungkin ramai yang mengai…

Jim Rogers tentang pasaran mana yang overvalued dan undervalued

Saya dah lama mengikuti perkembangan Jim Rogers (bekas partner George Soros). Bukan semua yang dia kata betul tetapi jika anda pelabur global dan inginkan perspektif makro tentang pasaran mana yang sudah terlalu tinggi dan pasaran mana yang undervalued, anda boleh tonton video di bawah. (36 min). 





Pelaburan saham patuh syariah di AS

Image
Faktor penting yang perlu dipertimbangkan apabila mahu melabur di pasaran AS ialah sama ada saham tersebut patuh Syariah.
Jika sukar untuk menentukan, satu jalan penyelesaian ialah dengan melabur dalam ETF Patuh Syariah, iaitu MyETF Dow Jones U.S. Titans 50, yang disebut harga dalam dollar AS.

ETF ini menjejak pergerakan Indeks Dow Jones Islamic Market US Titans 50 dan terdiri daripada 50 saham terbesar berasaskan modal saham, yang lulus penapisan Syariah.

Tetapi bagaimana jika anda tetap mahu melabur terus dalam saham AS?* Bagaimana untuk menentukan saham tersebut patuh Syariah?.

Saya belum lagi dapat melihat syarikat pengeluar indeks Syariah atau perunding Syariah memberikan senarai penuh saham-saham dalam indeks patuh Syariah. (jika ada yang tahu harap boleh share di sini untuk manfaat umum).

Ada apps yang dimaklumkan kepada saya oleh Tuan Mohd Khatib yang dinamakan Islamic Investor oleh Ideal Ratings yang memberikan status pematuhan Syariah saham.

Walaupun tidak menyeluruh, ia satu apl…

Pelaburan ETF atau Dana Dagangan Bursa

Satu cara untuk mempelbagaikan pelaburan selain daripada membeli dana unit amanah ialah dengan melabur dalam ETF atau Dana Dagangan Bursa.

Dana Dagangan Bursa ialah sejenis dana yang melabur dalam kumpulan saham, bon atau komoditi tertentu dengan cara yang menjejak prestasi indeks tertentu.

Dengan kata lain, anda boleh melabur dalam Indeks dengan membeli ETF. Seperti yang digambarkan oleh namanya, Dana ini perlu dijual beli menerusi Bursa, dan bukannya melalui ejen atau platform seperti Fundsupermart.

ETF ialah sejenis dana pasif. Ini bermakna dana ini melabur dalam saham mengikut nisbah saham tersebut dalam sesuatu indeks.

Pengurus dana tiada budi bicara atau kuasa untuk membeli atau menjual saham sesuka hati.

Kos jual beli adalah rendah, sama seperti menjual beli saham lain di bursa. Kos pengurusan tahunannya juga lebih rendah, lazimnya kurang daripada 0.5% berbanding 1.5%.

Selain daripada ETF saham atau bon, pelabur juga boleh melabur dalam emas dan menjejak pergerakan harga emas mellau…

Prestasi ekonomi Malaysia pada S2 2018

Image
Bank Negara Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia telah berkembang 4.5% secara tahunan untuk suku kedua 2018 berbanding 5.4% pada suku sebelumnya

Ini merupakan angka GDP/KDNK Annual (berbanding suku tahun sama tahun lepas - 2Q17). Sebenarnya terdapat satu lagi ukuran, iaitu quarter on quarter (berbanding suku tahun yang lepas - 1Q18).

Pertumbuhan quarter on quarter, iaitu berbanding suku pertama 2018, hanyalah 0.3% (lihat carta).



Definisi recession atau kemelesetan (Di UK atau Eropah) ialah pertumbuhan negatif quarter on quarter selama dua suku tahun berturut-turut.

Kita perlu perhatikan prestasi ekonomi Malaysia dalam tempoh dua suku tahun akan datang.

Satu faktor positif ialah tahap consumer confidence yang tinggi buat masa ini, mungkin kerana penghapusan GST.

Kita nantikan sama ada perbelanjaan pengguna dapat mengimbangi business slowdown pada suku-suku tahun akan datang.

Risalah percuma 'Important Macroeconomic Indicators for Malaysian Investors' telah dike…

Prestasi Saham: Antara jangkaan dan harapan

Image
Baru-baru ini Facebook mengumumkan untung suku tahunan yang lebih tinggi, tetapi sahamnya jatuh. Sebaliknya Tesla pula umumkan kerugian suku tahunan paling besar, tetapi sahamnya melonjak! (Lihat carta).
Bagaimana situasi ini berlaku? Jelas bahawa pergerakan saham tidak bergantung kepada past results tetapi berasaskan future expectations.

FB telah mencatatkan prestasi untung yang baik tetapi hasilnya sedikit lebih rendah dan telah memberi amaran bersifat realistik bahawa jangkaan pertumbuhan hasil dan pelanggan pada masa depan tidak setinggi yang diharapkan sebelum ini.


Oleh kerana pasaran dan harga saham telah mengambil kira tahap pertumbuhan lebih tinggi sebelum ini, maka harga sahamnya jatuh berasaskan maklumat baru ini, walaupun keputusan suku tahun terbaru lebih baik.

Tesla pula kerugian besar tetapi Elon Musk mendakwa pada suku tahun akan datang, sasaran pengeluaran kereta mampu dicapai dan aliran tunai syarikat akan positif (walaupun belum lagi mencapai untung). Jadi berasaskan ha…

Prestasi Khazanah di bawah Tan Sri Dato' Azman Mokhtar

Image
Tindakan Dato’ Sri Azmin Ali menyebut kerugian dalam syarikat seluar dalam untuk memaparkan kelemahan Khazanah pada pendapat saya kurang adil, sama seperti tidak wajar untuk menilai dana tersebut berasaskan keuntungan besar yang dicapainya dalam Alibaba.
Penilaian paling sesuai prestasi Tan Sri Dato’ Azman Mokhtar ialah peningkatan nilai aset bersih portfolio sepanjang tempoh pentadbirannya. Grafik di bawah memberikan gambaran sebenar.


Pulangan terkompaun tahunan yang beliau catatkan ialah 9.6% (Saya dah kira memang betul ). Ini prestasi yang baik. Bukan brilliant, bukan hebat, tetapi very good, memandangkan saiz dana.
Cuba kaji berapa banyak dana unit amanah yang boleh catatkan prestasi seperti itu dalam jangka masa 10 tahun atau lebih. Ada tapi tak banyak, dan nilai dana yang diuruskan mereka jauh lebih kecil.



Tidak dinafikan Temasek (dana kerajaan Singapura) mencatatkan prestasi 15% terkompaun tahunan dalam tempoh yang sama tetapi itu merupakan antara yang terbaik dan mereka tidak m…

Beli syarikat hebat pada harga berpatutan

Kita sering mendengar quote Warren Buffett "Be fearful when others are greedy and greedy only when others are fearful." (Kita patut rasa takut bila orang lain tamak, tamak bila orang lain takut.)

Tetapi situasi lampau seperti itu hanya berlaku sekali sekala sahaja dalam tempoh beberapa tahun

Jadi sekarang ini pelabur kita sedang greedy atau fearful?

Mustahil untuk mengetahui. Malah sudah bertahun-tahun kita tidak begitu pasti sama ada orang sedang fearful atau greedy.

So quote yang mungkin lebih praktikal untuk kegunaan kita pada ialah daripada orang kanan Buffett, Charlie Munger “Buy great companies at fair prices."

(Beli syarikat yang hebat pada harga yang munasabah).

Dia tak kata harga murah kerana hampir mustahil untuk mendapatkan 'great companies' pada harga murah.

Patutkah kita mempelbagaikan pelaburan unit amanah?

Image
Berbicara tentang pentingnya diversification saham pada posting lepas, ada seorang pembaca Tuan Rizal Zamri mengatakan beliau juga mempelbagaikan pelaburan unit amanahnya.
Perlukah kita mempelbagaikan pelaburan unit amanah? Bukankah pelaburan walaupun dalam satu dana unit amanah sudah cukup kerana pengurus dana akan melabur dalam pelbagai saham?
Memang betul, tetapi anda juga boleh mempelbagaikan pelaburan dengan membeli unit amanah yang melabur di pasaran negara atau rantau lain.
Sebagai contoh, prestasi pasaran Malaysia mungkin kurang baik untuk tempoh tertentu, seperti yang saya sentuh dalam posting terdahulu.
Tetapi prestasi beberapa dana patuh syariah yang melabur di Asia Pasifik dan China mencatatkan prestasi jauh lebih baik, terutamanya untuk tempoh masa lima tahun.


Ini bermakna anda sedikit sebanyak telah menampung kelemahan prestasi dana yang melabur di Malaysia dengan dana yang melabur di rantau lain.

Apabila prestasi di Malaysia mula pulih dan kembali hebat anda tetap boleh …