Terlalu Yakin Dengan Pengetahuan atau Keupayaan Diri Sendiri

Bila melihat 'pundit' atau pakar-pakar yang memberi ulasan tentang perlawanan Piala Dunia, saya teringatkan kata-kata Daniel Kahneman, pemenang hadiah Nobel Ekonomi dalam bukunya Thinking Fast and Slow

"We are prone to overestimate how much we know about the world and underestimate the role of chance in events."

(Kita terlalu yakin dengan pengetahuan kita tentang dunia dan terlepas pandang peranan nasib/kebarangkalian dalam sesuatu peristiwa)

'Pakar-pakar' pandai mengkritik dan seperti sudah menjangka apa yang berlaku dan tahu semua benda sedangkan kadangkala nasib memainkan peranan yang agak besar juga dalam sesuatu perlawanan.

Saya beri satu contoh. Jika tampanan Gabriel Jesus dari jarak dekat di awal permainan Brazil lwn Belgium tidak terkena palang tetapi sebaliknya masuk ke dalam gol, keputusan perlawanan mungkin berbeza sama sekali.

Pelaburan juga begitu, kadangkala keuntungan yang dicapai bukan kerana kita bijak tetapi kerana nasib, dan kerugian yang kita alami kadangkala bukan kerana kesilapan kita tetapi keadaan luar jangka.

Kita perlu menilai dan mengakui yang mana adalah disebabkan keputusan kita dan yang mana kerana perkara di luar jangkaan.

Kita hanya melakukan sesuatu dengan probabiliti/ kebarangkalian untung paling tinggi dan lakukannya secara konsisten.

Nota: Jadilah seperti penjaga gol Russia, Igor Akinfeev, bila dipuji dan diminta mengulas selepas menyelamatkan penalti dan menewaskan Sepanyol, beliau berkata “We just got lucky”.

Comments

Popular posts from this blog

Inheritance Tax atau Cukai Pusaka Berpotensi Menimbulkan Kerumitan

Iktibar Kewangan Daripada Kisah Hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Hutang PTPTN dan Tabungan Pendidikan