Prestasi Unit Amanah Sehingga Jun 2018

Saya harap apabila anda membeli dana unit amanah, perunding anda telah memberi amaran bahawa akan ada masa apabila prestasinya kurang baik seperti sekarang.

Dan saya harap unjuran yang mereka berikan kepada anda dalam keadaan pasaran paling baik sekalipun adalah realistik.

Saya lampirkan prestasi dana unit amanah patuh syariah daripada laman web Morningstar Malaysia.

Kategorinya ialah dana seimbang, dana ekuiti modal besar dan dana ekuiti modal kecil.

Penarafan dana berasaskan tempoh
a) sehingga tarikh semasa untuk tahun ini (YTD)
b) 5 tahun dan
c) 10 tahun.

Kesimpulan yang saya buat:

1. Hampir semua dana catatkan pulangan negatif untuk tahun ini. Tak menghairankan kerana indeks saham semuanya negatif.

2. Dana agresif yang catat prestasi paling hebat sebelum mengalami kejatuhan paling besar dalam suasana semasa.
3. Setelah membuat pemerhatian beberapa lama, saya dapati hampir mustahil untuk meramalkan dana mana yang akan cemerlang dalam tempoh mendatang.
4. Cuma jika perhatikan betul-betul, ada beberapa dana yang secara konsisten berada di 10 tangga teratas. Saya tak boleh kata dana mana, anda perlu kaji sendiri.
5. Anda boleh perhatikan bahawa dalam keadaan semasa, sebahagian besar dana tak boleh atasi pulangan KWSP dalam jangka pendek atau panjang.
6. Malah dalam pemerhatian sebelumnya apabila pasaran meningkat, masih banyak juga dana yang gagal mengatasi pulangan KWSP.
7. Ini semua belum mengambil kira kos asal pembelian unit amanah.
8. Adalah satu fallacy untuk menganggap bahawa umumnya pelabur atau perunding yang menasihati mereka tahu bila untuk switch ke dana yang lebih selamat atau lebih agresif.

Apakah sasaran anda dan unjuran yang dibuat oleh perunding unit amanah anda apabila mula-mula melabur?

Inilah realiti pelaburan, termasuklah unit amanah.

Ada dana cemerlang. Ada dana yang hanya mampu menyaingi KWSP walaupun risikonya lebih tinggi. Ada yang akan tewas.

Ada masanya hampir semua dana rugi.

Seperti kata orang putih - There’s no such thing as a sure thing.










Comments

Popular posts from this blog

Inheritance Tax atau Cukai Pusaka Berpotensi Menimbulkan Kerumitan

Iktibar Kewangan Daripada Kisah Hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Hutang PTPTN dan Tabungan Pendidikan