Risiko Hutang Mata Wang Asing

Nisbah hutang Kerajaan kepada GDP Turki hanya 42% berbanding 55% atau lebih bagi Malaysia (bergantung kepada berapa banyak liabiliti luar jangka menjadi liabiliti sebenar).

Tetapi mengapa Turki mengalami masalah hutang dan ekonomi sekarang? Kerana defisit akaun semasa yang besar, inflasi yang tinggi, rizab yang rendah, hutang korporat bersih dalam mata wang asing yang tinggi dan kejatuhan nilai mata wang.

4 faktor pertama memang sedia wujud sebelum ini tetapi masalah menjadi lebih teruk apabila nilai mata wangnya jatuh menyebabkan beban hutang dalam mata wang asing semakin besar. Lihat carta.



Tanggungan hutang mata wang asing lebih tinggi daripada aset asing yang dipegang. Lebih bahaya jika hutang tersebut perlu dibayar dalam tempoh singkat sedang aset bersifat tetap atau jangka panjang.

Keadaan mirip krisis kewangan Asia pada 1998

Inilah salah satu sebab mengapa ramai yang bimbang bila Kerajaan kita mencadangkan untuk mengambil pinjaman berkadar rendah (soft loan) dari Jepun.

Mereka bimbang jika kejatuhan mata wang menimbulkan liabiliti yang lebih besar

Tetapi YB Tony Pua telah menerangkan bahawa nilai mata wang dalam jumlah yang dipinjam boleh dilindung nilai (hedging).

Sesuatu yang mungkin umumnya tidak dilakukan oleh syarikat korporat Turki

Cuma perlu mempertimbangkan bahawa hedging ini ada kosnya dan terdapat juga counterparty default risk, iaitu kemungkinan pihak yang berurusan dengan kita gagal menunaikan tanggungan mereka.

Walaupun kebarangkaliannya sangat kecil, ia boleh berlaku.

Contohnya ialah LTCM yang melakukan arbritaj dengan instrumen derivatif yang sepatutnya sure thing di atas kertas tetapi perkara sebaliknya berlaku menyebabkan kegagalan organisasi tersebut dan mencetus krisis besar di AS pada 2008.

Dan dari satu lagi sudut, adakah kita akan terhutang budi kepada kerajaan Jepun dengan mengambil pinjaman tersebut, memberikan syarikat Jepun kelebihan dalam sebarang tender projek.

Jadi semua ini perlu dipertimbangkan dan adakah berbaloi dengan penjimatan faedah yang diberikan.

Sumber carta: Bloomberg

Comments

Popular posts from this blog

Inheritance Tax atau Cukai Pusaka Berpotensi Menimbulkan Kerumitan

Iktibar Kewangan Daripada Kisah Hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Hutang PTPTN dan Tabungan Pendidikan