Risiko Dalam Bola Sepak dan Pelaburan

Kekalahan Sepanyol dan cara mereka bermain ke tepi dan ke belakang mengingatkan saya tentang pengajaran mengenai risk reward daripada coach hoki saya lebih 25 tahun lepas. yang juga relevan dalam pelaburan.

Pada satu hari selepas bermain untuk pasukan Sukma KL, coach menegur saya, ‘Why do you keep passing the ball. Go challenge (gelecek) the defender.’

Ini agak berbeza daripada nasihat yang saya terima dari coach lain.

Menggelecek mempunyai risiko kehilangan bola paling tinggi. Risiko kedua paling tinggi ialah hantaran ke hadapan. Paling selamat ialah hantaran ke tepi dan ke belakang.

Beberapa tahun kemudian baru saya sedar kebijaksanaan nasihat ini.

Bila kita gelecek seorang pemain pertahanan, pemain lain terpaksa datang menghadapi kita, meninggalkan ruang kosong atau meninggalkan teammate kita tanpa kawalan.

Kesannya ialah struktur pertahanan akan goyah, menyebabkan situasi kelam kabut.

Hantaran ke hadapan, juga berpotensi mengenepikan beberapa orang pemain pertahanan sekali gus.

Hantaran ke tepi pula tidak akan eliminate sesiapa melainkan jika dilakukan dengan pantas dan disusuli oleh hantaran ke depan atau gelecekan.

Akhirnya nak jaringkan gol you must go forward. Tiada jalan lain.

(Nak untung dalam pelaburan pun kena ambil risiko. Tiada jalan lain).

Bagaimana dengan risiko kehilangan bola apabila menggelecek dan membuat hantaran ke hadapan? Ini boleh ditampung jika pemain lain, (terutamanya central defensive midfield) berjaga-jaga terhadap situasi ini.

(Risiko pelaburan juga boleh ditampung dengan sedikit diversification dan kajian teliti).

Lagi pun apalah gunanya menguasai bola lebih 70% tetapi tidak boleh jaringkan gol.

Malah ada kajian yang menunjukkan lebih banyak gol dijaringkan apabila bola dikuasai pihak lawan dan kesilapan berlaku untuk memberi peluang counter-attack.

Walaupun tidak mahu mengambil risiko kehilangan bola seperti Sepanyol, kekalahan masih boleh dialami akibat tendangan penalti!

(Dalam pelaburan, jika anda tidak mahu mengambil risiko rugi, anda masih boleh kalah akibat skim penipuan atau inflasi)

Nota:
1. Untuk menggelecek perlu asah skill terlebih dahulu. Jangan cuba jika tak pandai. Begitu juga bila nak ambil risiko menerusi pelaburan.

2. Coach Rajan (Rajankip Rajankip ) sekarang bertugas sebagai jurulatih pasukan hoki kebangsaan Singapura.

Comments

Popular posts from this blog

Inheritance Tax atau Cukai Pusaka Berpotensi Menimbulkan Kerumitan

Iktibar Kewangan Daripada Kisah Hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Hutang PTPTN dan Tabungan Pendidikan