Punca Kejatuhan Pasaran Saham

Pasaran saham mengalami fasa kejatuhan ketara seminggu dua ini. Ada yang kata berpunca daripada kenyataan dan tindakan kerajaan baru. Yang lain pula mendakwa sebab faktor luar.

Tetapi banyak analisis sebab-musababnya dalam kalangan pakar-pakar FB bukan bergantung kepada kajian objektif, tetapi di sebelah mana pagar politik mereka berada.

Pada pendapat saya, punca kejatuhan mendadak ini ialah kombinasi kedua-dua faktor.

Antara faktor luar termasuk:
1. Potensi ‘perang dagangan' antara AS dan negara-negara lain.
2. Kenaikan kadar faedah AS

Dua faktor ini turut menyebabkan kejatuhan pasaran saham lain di Asia.

Tetapi indeks pasaran Malaysia juga terjejas (buat sementara waktu) oleh dasar-dasar populist Kerajaan baru, termasuk:

1. Menyifarkan kadar GST dan mengembalikan SST
2. Pengurangan harga jalur lebar
3. Penghematan perbelanjaan daripada pelaksanaan No.1
4. Pembatalan projek besar, yang menjejaskan hasil perniagaan

Adakah semua ini negatif? Positif bagi rakyat tetapi negatif buat sementara bagi ‘big business’. (Saya akan terangkan dalam posting selanjutnya).

Tetapi dalam jangka panjang, saya berpendapat net effect adalah positif.

Namun jika berlaku sesuatu pada ekonomi AS atau dunia (seperti perang dagangan yang berlarutan) yang menimbulkan kejutan dan kemelesetan global, kita akan merasainya tidak kira siapa yang memerintah.

Jika kita membuang ‘bias’ politik kita, satu pandangan baru akan muncul yang akan membolehkan kita melihat dunia dengan lebih objektif.

Comments

Popular posts from this blog

Inheritance Tax atau Cukai Pusaka Berpotensi Menimbulkan Kerumitan

Iktibar Kewangan Daripada Kisah Hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Hutang PTPTN dan Tabungan Pendidikan