Penterjemahan Tepat dan Penggunaan Bahasa Kebangsaan

Sebelum saya berhenti kerja di firma perakaunan untuk mengambil alih bisnes ibu bapa sebagai penterjemah dan juga menjadi penulis kewangan, partner firma berjumpa saya dan mendakwa dalam masa beberapa tahun, komputer akan mengambil alih tugas penterjemahan dan profesion ini akan pupus.

Hampir 18 tahun kemudian, melihatkan kekecohan yang berlaku dalam kes kenyataan Sdr Lim Guan Eng dalam laman FB peribadi beliau, profesion ini mungkin akan kekal 18 tahun lagi.

Perkara asalnya kecil sahaja. LGE keluarkan kenyataan media dalam tiga bahasa, iaitu BM, BI dan Mandarin. Sidang akhbarnya dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.

Secara peribadi saya tak berapa setuju dengan kenyataan tiga bahasa ini*, tetapi bukan masalah besar, dan jika nak keluarkan juga tiada masalah. Rasanya ramai yang berpendapat begini.

Jadi seperti yang dijangka, ada pihak yang mempertikaikannya. Pun bukan isu besar. Masalah mula menular apabila kenyataan dikeluarkan untuk mempertahankan tindakan ini di FB peribadi LGE dikeluarkan hanya dalam Bahasa Mandarin. Tiada terjemahan.

Memang hak beliau untuk keluarkan kenyataan tersebut dalam Bahasa Mandarin sahaja. Itu FB peribadi. Tetapi perlulah tanggung kesannya kerana perkara tersebut ada kaitan dengan tindakannya sebagai Menteri.

Jadi orang yang tak faham perlu guna kemudahan translate di FB. Seperti yang dijangka terjemahannya bercelaru.

Ada yang share di FB dan mendakwa kenyataan akhbar asal berkenaan TRX hanya dikeluarkan dalam Bahasa Mandarin dan ada pula yang mendakwa sidang akhbar dikendalikan dalam Mandarin. Dan ada yang mengandaikan perkara lain pula.

Jadi daripada isu kecil yang tak ramai akan bising, walaupun jika tak setuju, menjadi isu yang besar dan menular.

Kalau guna analogi bola, gol sendiri telah dijaringkan. Bukan itu sahaja, serangan yang menyebabkan gol sendiri itu juga timbul daripada unforced error.

Komunikasi amat penting, dan semua komunikasi yang berkaitan dengan tugas kerajaan perlulah disampaikan dalam bahasa yang difahami semua penduduk di sini, dalam kes ini Bahasa Malaysia.

Walaupun kenyataan balas di FB peribadi itu ditujukan kepada media Cina, ia pun ada kaitan dengan tugas rasmi. Saya rasa audience dan followers beliau juga terdiri daripada pelbagai kaum dan wajarlah sekurang-kurangnya memberikan terjemahan dalam Bahasa Malaysia.

Jika tidak, inilah yang terjadi. Machine translation yang bercelaru dan boleh disalah tafsir dan diputar belit dengan seribu satu cara.

*Nota:
1. Saya kurang setuju dengan trilingual release kerana saya rasa semua Kementerian perlu standardize bahasa yang digunakan. Jika sudah mula guna Mandarin, kenapa tidak disertakan sekali terjemahan Bahasa Tamil? Bagi saya BM dan BI sudah memadai (atau BM sahaja).

2. Lagi satu, LGE juga menyatakan siapa yang tidak setuju sebagai racist. Maksudnya saya pun racist. Begitu juga ramai rakan-rakan beliau dalam Pakatan.

3. Juga kurang setuju dengan cara kenyataan beliau diputar belitkan dan dishare dengan niat kurang murni. Saya faham maksud tersebut mungkin timbul sebab guna terjemahan daripada FB tetapi satu kali pandang saya boleh tahu terjemahan ini tidak tepat. Patut boleh hold back dan tunggu dulu sehingga mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

Inheritance Tax atau Cukai Pusaka Berpotensi Menimbulkan Kerumitan

Iktibar Kewangan Daripada Kisah Hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Hutang PTPTN dan Tabungan Pendidikan