Pembayaran Balik Hutang 1MDB

Ada yang tanya, kalau sengaja tak bayar balik hutang 1MDB macam mana? Kalau syarikat biasa, takda masalah, isytihar muflis appoint receiver, bubarkan syarikat jual aset dan kemudian settle liabiliti dengan hasil jualan aset. 

Kalau boleh cover hutang ok, kalau tidak creditor perlu terima apa yang ada.

Tetapi dengan 1MDB hutang dijamin oleh kerajaan, Jadi kalau enggan bayar akan dianggap sebagai default event (keingkaran). 

Apabila berlaku sovereign default (kegagalan membayar hutang negara), credit rating akan terjejas menyebabkan kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman baru yang diambil oleh kerajaan meningkat.

Yield untuk bon yang sedia ada juga meningkat, bermaksud harga bon kerajaan akan jatuh.

Rentetan peristiwa boleh menyebabkan loss of confidence di kalangan pelabur dalam pasaran bon dan juga ekuiti. Jadi nak tak nak,kena bayar juga, walaupun kerajaan telah bertukar.

Nota: Saya bukan pakar tentang insolvency atau sovereign debt tapi rasanya peristiwa lebih kurang seperti di atas akan berlaku. Boleh betulkan jika salah.

Comments

Popular posts from this blog

Inheritance Tax atau Cukai Pusaka Berpotensi Menimbulkan Kerumitan

Iktibar Kewangan Daripada Kisah Hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Hutang PTPTN dan Tabungan Pendidikan