Mengurangkan Kos Projek

Menurut berita terkini, kos LRT 3 telah dikurangkan sebanyak 47% kepada hanya RM16.63b. Pengurangan kos sebenar ialah RM15 bilion dan penjimatan faedah berjumlah RM14 bilion.

Kebelakangan ini, ramai yang kurang puas hati dengan berita kajian semula atau kemungkinan pembatalan projek-projek besar.

Tidak dinafikan langsung projek2 ini ada manfaat. Tetapi isunya ialah kos. Adakah kosnya justified?

Tak mungkin pengusaha atau kontraktor projek akan rundingkan semula kos melainkan terdapat ancaman bahawa projek akan dibatalkan atau bayaran tidak diluluskan.

Nampaknya Kerajaan main hardball tapi kita mesti prepared to walk away, barulah pihak kontraktor akan duduk di meja untuk berbincang.

Sama ada adil atau tidak kepada kontraktor itu saya tak tahu tetapi tanggungjawab pertama kerajaan ialah kepada rakyat, bukan kepada bisnes.

Kadangkala menjustifikasi sesuatu projek (contohnya HSR ke Singapura) kerana potensi spillover effects lebih menjurus kepada hope analysis berbanding actual cost benefit.

Tiada kepastian bahawa manfaat sampingan tersebut akan tercapai, atau cukup untuk menampung kos.

Contoh yang baik ialah perlumbaan F1. Bolehkah kita kata perlumbaan tersebut telah membawa manfaat sebenar menerusi spillover effects kepada Malaysia walaupun setiap kali menganjurkannya kita rugi?

Dengan mengurangkan kos, kita boleh meningkatkan potensi daya maju projek dari segi actual cost benefit, dan sebarang spillover effect menjadi manfaat sampingan.

Tentunya ada perkara yang terpaksa dikorbankan dengan pengurangan kos ini, tetapi semuanya boleh ditambah jika perlu pada masa depan.

1. Set dan bilangan gerabak dikurangkan
2. Saiz depot LRT dikecilkan
3. Menyelaraskan saiz stesen mengikut sait LRT Kelana Jaya dan bukan MRT
4. Membatalkan pembinaan 5 stesen dengan potensi penumpang yang rendah
5. Membatalkan terowong bawah tanah sepanjang 2km
6. Melanjutkan tempoh pembinaan dari 2020 kepada 2024 untuk mengelakkan acceleration cost.

Tetapi mengurangkan hampir separuh kos dengan hanya berkompromi terhadap perkara di atas adalah positif bagi saya dan saya harap HSR dan ECRL juga akan diteruskan dengan spesifikasi yang lebih praktikal dan kos yang lebih rendah.

Comments

Popular posts from this blog

Inheritance Tax atau Cukai Pusaka Berpotensi Menimbulkan Kerumitan

Iktibar Kewangan Daripada Kisah Hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Hutang PTPTN dan Tabungan Pendidikan