Antara Keynesian dengan Conservative?

Tuan Ayman Rashdan Wong telah menulis satu artikel menarik mengenai perdebatan tentang pembatalan projek HSR (dan projek lain). Memang bagus dan boleh mendidik orang ramai tentang ekonomi, Cuma saya kurang setuju sedikit dalam satu perkara.

Menurut beliau “Perdebatan ini sebenarnya melambangkan pertembungan dua fikrah ekonomi yang berbeza: satu mementingkan penggunaan perbelanjaan defisit (deficit spending) untuk merangsang ekonomi, satu lagi menekankan perbelanjaan berhemah (austerity) untuk tujuan kemapanan ekonomi. Keynesian vs. Fiscal Conservatives. Bagi Keynesian, projek mega boleh memberi spillover effect kepada ekonomi, jadi benefit outweighs cost. Fiscal Conservative pula berpendapat kos projek mega boleh digunakan secara lebih cekap di bidang lain.” 


Masalahnya ialah Tun Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin bukan dari golongan fiscal conservative. Pada krisis ekonomi 1987, kedua-duanya telah merangsang ekonomi dengan membina lebuh raya. Ini adalah tindakan bersifat Keynesian.

Begitu juga pembinaan Menara Kembar Petronas dan projek besar lain.

Pada krisis kewangan Asia, Tun Dr Mahathir telah menurunkan kadar faedah dan enggan melaksanakan austerity measures dan menaikkan kadar faedah seperti saranan IMF (dan Dato Seri Anwar ibrahim). Ini juga bersifat Keynesian.

Malah saya rasa Saudara Lim Guan Eng pun tak boleh dianggap sebagai conservative sepenuhnya (lihat mega projek terowong).

Salah satu faktor dalam perdebatan ialah:
Adakah "benefit outweigh the cost dan bolehkah kos projek mega boleh digunakan secara lebih cekap di bidang lain” (atau projek lain)”

Memang tepat. Tetapi ia tidak semestinya pertembungan antara Keynesian dan Fiscal Conservatives

Antara sebab penting lain projek dikaji semula ialah
1. Tahap hutang semasa
2. Sama ada terdapat penyelewengan tersembunyi
3. Kalau ada manfaat, siapa yang mendapat manfaat
4. Struktur dan kaedah pembiayaan
5. Projek ini bukan idea kami, jadi perlu teliti secara kritikal.

No. 5 ialah lumrah manusia.

Saya yakin setelah projek ini dihentikan atau dinilai semula dan tahap hutang telah stabil, Kerajaan baru ini akan mengumumkan projek-projek lain yang merupakan idea mereka sendiri untuk merangsang ekonomi.

Dan pada waktu itu pembangkang pula akan mencari kesalahan dan kelemahan terhadap projek-projek baru ini.

Comments

Popular posts from this blog

Inheritance Tax atau Cukai Pusaka Berpotensi Menimbulkan Kerumitan

Iktibar Kewangan Daripada Kisah Hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Hutang PTPTN dan Tabungan Pendidikan