Posts

Showing posts from July, 2018

Mengapa Perlu Pelbagaikan Pelaburan?

Image
Semalam di pesta Jom Labur BM-i patuh syariah Bursa Malaysia, pakar kewangan terkenal Pakdi ada menerangkan tentang betapa pentingnya mempunyai bakul (portfolio) pelaburan, iaitu memastikan kita diversified dengan beberapa saham dalam bakul.
Saya jamin ini bukan cara paling pantas untuk buat duit. Jika anda pegang 10 saham dengan jumlah pelaburan sama dan satu saham naik 50% keuntungan bagi bakul anda hanya 5%. Sebaliknya jika anda miliki satu saham itu sahaja, keuntungan anda ialah 50%.



Persoalannya ialah tahukah anda saham mana yang akan naik 50%? Malah memegang hanya satu saham sahaja juga merupakan cara paling pantas untuk rugi besar. Katalah saham tersebut turun 50%, kerugian anda juga 50%.

Sebaliknya jika anda memegang bakul sepuluh saham tadi, kerugian tersebut hanya 5% dan dengan mudah ditampung jika saham-saham lain mencatat untung.

Ramai pemilik perniagaan menjadi kaya-raya dengan memegang saham hanya satu syarikat, iaitu syarikat mereka sendiri, seperti Bill Gates, Jeff Bezo…

Risiko Hutang Mata Wang Asing

Image
Nisbah hutang Kerajaan kepada GDP Turki hanya 42% berbanding 55% atau lebih bagi Malaysia (bergantung kepada berapa banyak liabiliti luar jangka menjadi liabiliti sebenar).

Tetapi mengapa Turki mengalami masalah hutang dan ekonomi sekarang? Kerana defisit akaun semasa yang besar, inflasi yang tinggi, rizab yang rendah, hutang korporat bersih dalam mata wang asing yang tinggi dan kejatuhan nilai mata wang.

4 faktor pertama memang sedia wujud sebelum ini tetapi masalah menjadi lebih teruk apabila nilai mata wangnya jatuh menyebabkan beban hutang dalam mata wang asing semakin besar. Lihat carta.



Tanggungan hutang mata wang asing lebih tinggi daripada aset asing yang dipegang. Lebih bahaya jika hutang tersebut perlu dibayar dalam tempoh singkat sedang aset bersifat tetap atau jangka panjang.

Keadaan mirip krisis kewangan Asia pada 1998

Inilah salah satu sebab mengapa ramai yang bimbang bila Kerajaan kita mencadangkan untuk mengambil pinjaman berkadar rendah (soft loan) dari Jepun.

Mereka …

Mengurangkan Kos Projek

Menurut berita terkini, kos LRT 3 telah dikurangkan sebanyak 47% kepada hanya RM16.63b. Pengurangan kos sebenar ialah RM15 bilion dan penjimatan faedah berjumlah RM14 bilion.

Kebelakangan ini, ramai yang kurang puas hati dengan berita kajian semula atau kemungkinan pembatalan projek-projek besar.

Tidak dinafikan langsung projek2 ini ada manfaat. Tetapi isunya ialah kos. Adakah kosnya justified?

Tak mungkin pengusaha atau kontraktor projek akan rundingkan semula kos melainkan terdapat ancaman bahawa projek akan dibatalkan atau bayaran tidak diluluskan.

Nampaknya Kerajaan main hardball tapi kita mesti prepared to walk away, barulah pihak kontraktor akan duduk di meja untuk berbincang.

Sama ada adil atau tidak kepada kontraktor itu saya tak tahu tetapi tanggungjawab pertama kerajaan ialah kepada rakyat, bukan kepada bisnes.

Kadangkala menjustifikasi sesuatu projek (contohnya HSR ke Singapura) kerana potensi spillover effects lebih menjurus kepada hope analysis berbanding actual cost benefit.

Ti…

Terlalu Yakin Dengan Pengetahuan atau Keupayaan Diri Sendiri

Bila melihat 'pundit' atau pakar-pakar yang memberi ulasan tentang perlawanan Piala Dunia, saya teringatkan kata-kata Daniel Kahneman, pemenang hadiah Nobel Ekonomi dalam bukunya Thinking Fast and Slow

"We are prone to overestimate how much we know about the world and underestimate the role of chance in events."

(Kita terlalu yakin dengan pengetahuan kita tentang dunia dan terlepas pandang peranan nasib/kebarangkalian dalam sesuatu peristiwa)

'Pakar-pakar' pandai mengkritik dan seperti sudah menjangka apa yang berlaku dan tahu semua benda sedangkan kadangkala nasib memainkan peranan yang agak besar juga dalam sesuatu perlawanan.

Saya beri satu contoh. Jika tampanan Gabriel Jesus dari jarak dekat di awal permainan Brazil lwn Belgium tidak terkena palang tetapi sebaliknya masuk ke dalam gol, keputusan perlawanan mungkin berbeza sama sekali.

Pelaburan juga begitu, kadangkala keuntungan yang dicapai bukan kerana kita bijak tetapi kerana nasib, dan kerugian yang kita a…

Prestasi Unit Amanah Sehingga Jun 2018

Image
Saya harap apabila anda membeli dana unit amanah, perunding anda telah memberi amaran bahawa akan ada masa apabila prestasinya kurang baik seperti sekarang.

Dan saya harap unjuran yang mereka berikan kepada anda dalam keadaan pasaran paling baik sekalipun adalah realistik.
Saya lampirkan prestasi dana unit amanah patuh syariah daripada laman web Morningstar Malaysia.
Kategorinya ialah dana seimbang, dana ekuiti modal besar dan dana ekuiti modal kecil.

Penarafan dana berasaskan tempoh
a) sehingga tarikh semasa untuk tahun ini (YTD)
b) 5 tahun dan
c) 10 tahun.

Kesimpulan yang saya buat:

1. Hampir semua dana catatkan pulangan negatif untuk tahun ini. Tak menghairankan kerana indeks saham semuanya negatif.

2. Dana agresif yang catat prestasi paling hebat sebelum mengalami kejatuhan paling besar dalam suasana semasa. 3. Setelah membuat pemerhatian beberapa lama, saya dapati hampir mustahil untuk meramalkan dana mana yang akan cemerlang dalam tempoh mendatang. 4. Cuma jika perhatikan be…

Risiko Dalam Bola Sepak dan Pelaburan

Kekalahan Sepanyol dan cara mereka bermain ke tepi dan ke belakang mengingatkan saya tentang pengajaran mengenai risk reward daripada coach hoki saya lebih 25 tahun lepas. yang juga relevan dalam pelaburan.

Pada satu hari selepas bermain untuk pasukan Sukma KL, coach menegur saya, ‘Why do you keep passing the ball. Go challenge (gelecek) the defender.’

Ini agak berbeza daripada nasihat yang saya terima dari coach lain.

Menggelecek mempunyai risiko kehilangan bola paling tinggi. Risiko kedua paling tinggi ialah hantaran ke hadapan. Paling selamat ialah hantaran ke tepi dan ke belakang.

Beberapa tahun kemudian baru saya sedar kebijaksanaan nasihat ini.

Bila kita gelecek seorang pemain pertahanan, pemain lain terpaksa datang menghadapi kita, meninggalkan ruang kosong atau meninggalkan teammate kita tanpa kawalan.

Kesannya ialah struktur pertahanan akan goyah, menyebabkan situasi kelam kabut.

Hantaran ke hadapan, juga berpotensi mengenepikan beberapa orang pemain pertahanan sekali gus.

Hantaran k…

Kejatuhan Pasaran Global

Image
Seperti yang dinyatakan dalam artikel terdahulu, pasaran saham global, terutamnya pasaran ekonomi sedang membangun mengalami kejatuhan ketara.

Jika dilihat dalam dalam carta, 6 pasaran berada dalam Bear Market, Maksudnya kejatuhan kira-kira 20%, 10 lagi mengalami penyusutan dan berada dalam fasa Correction. Maksudnya kejatuhan kira-kira 10%.


Walaupun dasar dalam negara mungkin menjejaskan beberapa saham individu, secara keseluruhannya faktor global menjadi pendorong utama.
Sukar meramalkan apa yang akan berlaku seterusnya kerana sukar untuk meramalkan Trump.
Artikel penuh boleh dibaca di pautan di bawah:
https://www.bloomberg.com/…/from-turkey-to-china-bear-marke…

Penterjemahan Tepat dan Penggunaan Bahasa Kebangsaan

Sebelum saya berhenti kerja di firma perakaunan untuk mengambil alih bisnes ibu bapa sebagai penterjemah dan juga menjadi penulis kewangan, partner firma berjumpa saya dan mendakwa dalam masa beberapa tahun, komputer akan mengambil alih tugas penterjemahan dan profesion ini akan pupus.

Hampir 18 tahun kemudian, melihatkan kekecohan yang berlaku dalam kes kenyataan Sdr Lim Guan Eng dalam laman FB peribadi beliau, profesion ini mungkin akan kekal 18 tahun lagi.

Perkara asalnya kecil sahaja. LGE keluarkan kenyataan media dalam tiga bahasa, iaitu BM, BI dan Mandarin. Sidang akhbarnya dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.

Secara peribadi saya tak berapa setuju dengan kenyataan tiga bahasa ini*, tetapi bukan masalah besar, dan jika nak keluarkan juga tiada masalah. Rasanya ramai yang berpendapat begini.

Jadi seperti yang dijangka, ada pihak yang mempertikaikannya. Pun bukan isu besar. Masalah mula menular apabila kenyataan dikeluarkan untuk mempertahankan tindakan ini di FB peribadi LGE dikeluark…

Punca Kejatuhan Pasaran Saham

Pasaran saham mengalami fasa kejatuhan ketara seminggu dua ini. Ada yang kata berpunca daripada kenyataan dan tindakan kerajaan baru. Yang lain pula mendakwa sebab faktor luar.

Tetapi banyak analisis sebab-musababnya dalam kalangan pakar-pakar FB bukan bergantung kepada kajian objektif, tetapi di sebelah mana pagar politik mereka berada.

Pada pendapat saya, punca kejatuhan mendadak ini ialah kombinasi kedua-dua faktor.

Antara faktor luar termasuk:
1. Potensi ‘perang dagangan' antara AS dan negara-negara lain.
2. Kenaikan kadar faedah AS

Dua faktor ini turut menyebabkan kejatuhan pasaran saham lain di Asia.

Tetapi indeks pasaran Malaysia juga terjejas (buat sementara waktu) oleh dasar-dasar populist Kerajaan baru, termasuk:

1. Menyifarkan kadar GST dan mengembalikan SST
2. Pengurangan harga jalur lebar
3. Penghematan perbelanjaan daripada pelaksanaan No.1
4. Pembatalan projek besar, yang menjejaskan hasil perniagaan

Adakah semua ini negatif? Positif bagi rakyat tetapi negatif buat sementara b…

Antara Keynesian dengan Conservative?

Tuan Ayman Rashdan Wong telah menulis satu artikel menarik mengenai perdebatan tentang pembatalan projek HSR (dan projek lain). Memang bagus dan boleh mendidik orang ramai tentang ekonomi, Cuma saya kurang setuju sedikit dalam satu perkara.

Menurut beliau “Perdebatan ini sebenarnya melambangkan pertembungan dua fikrah ekonomi yang berbeza: satu mementingkan penggunaan perbelanjaan defisit (deficit spending) untuk merangsang ekonomi, satu lagi menekankan perbelanjaan berhemah (austerity) untuk tujuan kemapanan ekonomi. Keynesian vs. Fiscal Conservatives. Bagi Keynesian, projek mega boleh memberi spillover effect kepada ekonomi, jadi benefit outweighs cost. Fiscal Conservative pula berpendapat kos projek mega boleh digunakan secara lebih cekap di bidang lain.” 
Boleh baca dan belajar di sini: https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10209092465268397
Masalahnya ialah Tun Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin bukan dari golongan fiscal conservative. Pada krisis ekonomi 1987, kedua-du…

Pembayaran Balik Hutang 1MDB

Ada yang tanya, kalau sengaja tak bayar balik hutang 1MDB macam mana? Kalau syarikat biasa, takda masalah, isytihar muflis appoint receiver, bubarkan syarikat jual aset dan kemudian settle liabiliti dengan hasil jualan aset. 
Kalau boleh cover hutang ok, kalau tidak creditor perlu terima apa yang ada.

Tetapi dengan 1MDB hutang dijamin oleh kerajaan, Jadi kalau enggan bayar akan dianggap sebagai default event (keingkaran). 
Apabila berlaku sovereign default (kegagalan membayar hutang negara), credit rating akan terjejas menyebabkan kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman baru yang diambil oleh kerajaan meningkat.

Yield untuk bon yang sedia ada juga meningkat, bermaksud harga bon kerajaan akan jatuh.

Rentetan peristiwa boleh menyebabkan loss of confidence di kalangan pelabur dalam pasaran bon dan juga ekuiti. Jadi nak tak nak,kena bayar juga, walaupun kerajaan telah bertukar.

Nota: Saya bukan pakar tentang insolvency atau sovereign debt tapi rasanya peristiwa lebih kurang seperti di at…