Tiada Faedah Menendang Orang Yang Sudah Jatuh

Di bulan Ramadan ini, apa faedahnya menendang orang yang sudah jatuh. Kes yang sedang dibina terhadapnya ialah sebab utama kenapa ramai termasuk saya menolak bekas pemimpin kita. Tetapi beliau ada juga kebaikannya.

Satu pencapaian Dato Seri Najib yang saya suka ialah sistem pengangkutan, terutamanya di Kuala Lumpur. Sejak siapnya MRT, landasan lanjutan LRT dan feeder bus yang menuju ke stesen-stesen tersebut, tahap connectivity pengangkutan telah jauh meningkat.


Pada pendapat saya integrasi pengangkutan awam agak tinggi sekarang dan ini sesuatu yang memudahkan awam. Saya pun yakin untuk membenarkan anak perempuan saya yang sedang bersekolah menggunakan pengangkutan awam.sejak penambahbaikan ini.

Mungkin masih lagi ada kelemahan operasi dan juga Komuter tetapi secara keseluruhannya saya positif dengan sistem pengangkutan awam sekarang. Ini sesuatu yang tidak dicapai oleh beberapa Perdana Menteri sebelum ini, termasuklah Tun Dr M dulu.

Tidak dinafikan syarikat Prasarana ada mengalami kerugian tetapi saya rasa ia boleh diperbaiki dan tidak ada masalah jika kerugian ini ditampung jika sistem pengangkutan harga berpatutan boleh diberikan kepada rakyat.

Gambar dari laman web myrapid.com.my


Comments

Popular posts from this blog

Inheritance Tax atau Cukai Pusaka Berpotensi Menimbulkan Kerumitan

Iktibar Kewangan Daripada Kisah Hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Hutang PTPTN dan Tabungan Pendidikan