Rakyat Sudah Berkuasa Tapi Harus Bertimbang-rasa

Pada pilihan raya baru-baru, perpindahan kuasa yang bersejarah telah berlaku. Tetapi selain itu berlaku juga anjakan kuasa daripada golongan elit kepada rakyat jelata.

Ini satu perkembangan yang amat positif. Sekarang ini banyak pihak takut pada kuasa rakyat atau bimbang akan hilang populariti.

Baik institusi diraja, pemimpin politik mahupun ketua korporat*, semuanya terpaksa keluar kenyataan atau buat video dengan cepat apabila kemarahan rakyat mula dirasai.

Malah rakyat juga boleh memaksa orang menunjukkan diri mereka dari dalam kereta untuk mengelakkan pemimpin yang disyaki bersalah daripada lari.

Tetapi dalam suasana baru yang amat positif ini, perlu diingat bahawa rakyat, walaupun ramai, tidak semestinya betul.

Diharapkan masih ada pemimpin dengan tulang belakang yang sanggup berdiri teguh membelakangkan populariti diri tetapi berpegang pada pendirian dalam satu atau dua situasi apabila pandangan ramai mungkin salah.

Diharapkan juga kita jangan ‘shout down’ suara berbeza seperti dulu penguasa dan media utama mengabaikan sudut pandangan kita.

Adalah amat malang jika kita mengamalkan mob mentality dan bukannya berpegang kepada kedaulatan undang-undang.

*Nota: Harap kenyataan dan penafian dibuat sebab mereka prihatin kepada pandangan rakyat dan bukan sebab takut kepada Tun Dr Mahathir

Comments

Popular posts from this blog

Inheritance Tax atau Cukai Pusaka Berpotensi Menimbulkan Kerumitan

Iktibar Kewangan Daripada Kisah Hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Hutang PTPTN dan Tabungan Pendidikan