Kisah Dongeng Politik di Bangasara

Ada kisah di daerah Bangasara. Tentang ahli politik baik hati yang kuat bekerja. Pilihan raya tak lama lagi tiba. Dia pun cuba dekati rakyat jelata.

Satu hari dia ke sekolah Bukit Siti. Kotak hadiah penuh diisi. Minta tolong mak ayah undi.

Ada murid bawa pulang pemberian. Ditanya ini halal ke haram? Ayah kata jangan bimbang. Pakailah atau bagi orang. Sebab ayah tak akan pilih parti CNN.

Hari mengundi hampir tiba. Dia datang lagi ke sekolah sama. Kali ini hari penyampaian anugerah. Bawa habuan untuk sekolah.

Saya berjanji akan beri derma, tapi syaratnya undilah CNN ya.

Hadir di sana ramai budak bijaksana. Masing-masing tercengang tertanya-tanya. Ini bukan sogokan ke? Lalu disebar luaskan tentang peristiwa.

Satu masa nanti mereka mengundi juga. Bakal berkahwin dan membina keluarga. Turun-temurun mereka akan cerita. Tentang wakil CNN yang cuba pengaruh mak bapak mereka.

Tiba pilihan raya dia turun ke medan, menyusun jari mendoakan kemenangan.

Tapi bila undi dikira ternyata hampa. Kekalahan lebih besar yang menimpa. Dia pun bingung tak terkata. Adakah rakyat tak menghargai jasa?

Itulah politik yang dia kenali. Sekian lama stail begini. Langsung tak tahu kenapa diketepi. Walhal bekerja keras dan baik hati.

Apa salahnya muhasabah diri dan parti. Mungkin yang hak dan yang batil tidak dipeduli. Kemarahan rakyat langsung tak disedari.

*Cerita ini rekaan semata-mata dan sebarang persamaan dengan kejadian sebenar adalah kebetulan semata-mata

Comments

Popular posts from this blog

Inheritance Tax atau Cukai Pusaka Berpotensi Menimbulkan Kerumitan

Iktibar Kewangan Daripada Kisah Hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Hutang PTPTN dan Tabungan Pendidikan