Posts

Showing posts from May, 2018

Penambahbaikan Pendidikan Dari Dalam

Saya harap YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan baru kita tidak melantik firma consultant luar untuk cadangkan penyelesaian bagi menambah baik sistem pendidikan kita. Apa yang akan dapat ialah kos yang tinggi dan penyelesaian yang berbentuk castles in the air atau istana di awangan.

Saya pernah terbaca cadangan yang dikemukakan oleh firma seperti ini dan terfikir 'apa benda yang diorang cakap ni?' Atau mungkin saya tak cukup ilmu untuk memahaminya.

Buatlah team dalaman, Tanyalah warga pendidikan apa masalahnya dan selesaikan masalah dan lakukan penambahbaikan sendiri.

Tak perlulah ambil penyelesaian terbaik tapi gunakan yang paling praktikal dan mudah laksana. Tak perlulah rombak dan buat perubahan drastik sekali lagi tapi tambah baik secara perlahan-lahan.

Nota: Cuba lihat apa yang berlaku kepada sistem hebat yang diberi nama sempena haiwan yang pandai melompat tak lama dulu.

Dalam Jangka Pendek, Harga Saham Ditentukan Oleh Undian, Dalam Jangka Panjang Ia Ditentukan Oleh Pertimbangan

Image
Tak kiralah jika saham anda dikaitkan dengan kerajaan atau pembangkang, dihubungkan kepada nama sedang 'up' atau nama yang sudah jatuh, akhirnya harga saham akan kembali kepada prestasi asas syarikat. Seperti kata Ben Graham, "Dalam jangka pendek, harga saham ditentukan oleh undian (populariti), dalam jangka panjang ia ditentukan oleh pertimbangan (kekuatan perniagaan)". Musim pilihan raya telah berakhir dan musim pertimbangan (Quarterly Results) sudah bermula.



Tiada Faedah Menendang Orang Yang Sudah Jatuh

Image
Di bulan Ramadan ini, apa faedahnya menendang orang yang sudah jatuh. Kes yang sedang dibina terhadapnya ialah sebab utama kenapa ramai termasuk saya menolak bekas pemimpin kita. Tetapi beliau ada juga kebaikannya.

Satu pencapaian Dato Seri Najib yang saya suka ialah sistem pengangkutan, terutamanya di Kuala Lumpur. Sejak siapnya MRT, landasan lanjutan LRT dan feeder bus yang menuju ke stesen-stesen tersebut, tahap connectivity pengangkutan telah jauh meningkat.


Pada pendapat saya integrasi pengangkutan awam agak tinggi sekarang dan ini sesuatu yang memudahkan awam. Saya pun yakin untuk membenarkan anak perempuan saya yang sedang bersekolah menggunakan pengangkutan awam.sejak penambahbaikan ini.

Mungkin masih lagi ada kelemahan operasi dan juga Komuter tetapi secara keseluruhannya saya positif dengan sistem pengangkutan awam sekarang. Ini sesuatu yang tidak dicapai oleh beberapa Perdana Menteri sebelum ini, termasuklah Tun Dr M dulu.

Tidak dinafikan syarikat Prasarana ada mengalami ke…

Rakyat Sudah Berkuasa Tapi Harus Bertimbang-rasa

Pada pilihan raya baru-baru, perpindahan kuasa yang bersejarah telah berlaku. Tetapi selain itu berlaku juga anjakan kuasa daripada golongan elit kepada rakyat jelata.

Ini satu perkembangan yang amat positif. Sekarang ini banyak pihak takut pada kuasa rakyat atau bimbang akan hilang populariti.

Baik institusi diraja, pemimpin politik mahupun ketua korporat*, semuanya terpaksa keluar kenyataan atau buat video dengan cepat apabila kemarahan rakyat mula dirasai.

Malah rakyat juga boleh memaksa orang menunjukkan diri mereka dari dalam kereta untuk mengelakkan pemimpin yang disyaki bersalah daripada lari.

Tetapi dalam suasana baru yang amat positif ini, perlu diingat bahawa rakyat, walaupun ramai, tidak semestinya betul.

Diharapkan masih ada pemimpin dengan tulang belakang yang sanggup berdiri teguh membelakangkan populariti diri tetapi berpegang pada pendirian dalam satu atau dua situasi apabila pandangan ramai mungkin salah.

Diharapkan juga kita jangan ‘shout down’ suara berbeza seperti …

Kisah Dongeng Politik di Bangasara

Ada kisah di daerah Bangasara. Tentang ahli politik baik hati yang kuat bekerja. Pilihan raya tak lama lagi tiba. Dia pun cuba dekati rakyat jelata.

Satu hari dia ke sekolah Bukit Siti. Kotak hadiah penuh diisi. Minta tolong mak ayah undi.

Ada murid bawa pulang pemberian. Ditanya ini halal ke haram? Ayah kata jangan bimbang. Pakailah atau bagi orang. Sebab ayah tak akan pilih parti CNN.

Hari mengundi hampir tiba. Dia datang lagi ke sekolah sama. Kali ini hari penyampaian anugerah. Bawa habuan untuk sekolah.

Saya berjanji akan beri derma, tapi syaratnya undilah CNN ya.

Hadir di sana ramai budak bijaksana. Masing-masing tercengang tertanya-tanya. Ini bukan sogokan ke? Lalu disebar luaskan tentang peristiwa.

Satu masa nanti mereka mengundi juga. Bakal berkahwin dan membina keluarga. Turun-temurun mereka akan cerita. Tentang wakil CNN yang cuba pengaruh mak bapak mereka.

Tiba pilihan raya dia turun ke medan, menyusun jari mendoakan kemenangan.

Tapi bila undi dikira ternyata hampa. Kekalahan lebih…